Agong Hadiri Majlis Tahlil Dan Doa Selamat Di Pusara

PORT DICKSON – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini berkenan menghadiri majlis tahlil dan doa selamat di pusara Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di sini.

FW306144_NS03_061213_AGONG_RAMD-lpr-565x378Majlis itu diadakan sempena ulang tahun RAMD ke-80.

Keberangkatan tiba Seri Paduka disambut Pengerusi RAMD Lt Jeneral Datuk Zulkiple Kassim, Panglima 1 Briged Brig Jen Datuk Adnan Abu Bakar dan para pegawai kanan RAMD.

Selesai majlis tahlil dan doa selamat yang dipimpin Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera Brig Jen Datuk Mustafa Abdul Manaf, Seri Paduka selaku Kolonel Yang Dipertua RAMD merenjis air mawar dan menabur bunga rampai di atas pusara perajurit.

Tuanku Abdul Halim kemudian berangkat ke majlis sembah menghadap Wira ‘Ops Bakara Market’, Somalia dan ‘Ops Daulat’, Sabah serta majlis santapan tengah hari di Wisma Perwira RAMD.

Majlis sembah menghadap ‘Ops Bakara Market’ itu melibatkan 19 pegawai dan anggota manakala ‘Ops Daulat’ dua anggota dan empat orang waris yang masing-masing menerima cendera mata daripada Seri Paduka. – BERNAMA

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.