Afdlin Shauki Kecewa?

Terkejut apabila mendengar pelakon dan pengarah terkenal Afdlin Shauki dikatakan merajuk serta bakal berhenti menerbitkan filem lagi selepas ini. Semua ini terjadi selepas filem Papadom 2 yang ditayangkan pada tahun lepas hanya berjaya mendapat kutipan sebanyak RM620,000. Ini sekaligus merupakan rekod terburuk Afdlin Shauki yang sebelum ini mendapat pulangan lumayan dan jauh lebih tinggi berbanding filem Papadom 2.

afdlinSebelum ini, Afdlin penah menyuarakan idea untuk membuat filem berjudul “Mamadom” yang turut berkisarkan mengenai hubungan kekeluargaan, namun selepas merasakan kegagalan bagi filem ini dia dengan pantas mengambil keputusan untuk menguburkan ideanya. Walaupun menerima banyak maklum balas mengenai filem Papadom 2 dari segi jalan cerita, konsep yang menarik dan sebagainya, dia tidak tahu dan buntu mengenai kemerosotan hasil karya terbarunya itu. Apatah lagi kutipan filem tersebut dianggap sebagai tidak berbaloi dengan usaha kerasnya selama menjayakannya.

Afdlin juga dengan jujur memaklumkan selepas 15 tahun terlibat dia sudah tiada hati untuk terus berkarya untuk industri perfileman tempatan dan Papadom 2 merupakan filem terakhir dirinya selepas ini. Untuk makluman, Papadom 2 mengambil masa selama dua tahun demi memastikan filem tersebut dapat dihasilkan dengan baik. Dalam masa yang sama, Afdlin tetap mengucapkan terima kasih kepada pihak Astro First yang membawa filem tersebut ke kaca televisyen, ini kerana ianya secara langsung dapat membantu meningkatkan jumlah kutipan yang sedia ada.

Diharapkan Afdlin akan menukar keputusannya pada masa hadapan. Industri perfileman negara kita kadang kala turut ada pasang surut dan siapa tahu mungkin pada masa depan karya Afdlin Shauki bakal menandingi filem Hollywood?

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.