Adik Paul Walker Mungkin Gantikan Wataknya?

Kerana dikatakan seiras dengan mendiang abangnya, adik Paul Walker, Cody Walker kini dikatakan menjadi pilihan tepat untuk menggantikan watak Paul dalam filem Fast And Furious 7 (F&F7) yang sudah pun memasuki siri ketujuhnya.

WALKER-565x388Kematian tragik Paul pada 30 November lalu ternyata meninggalkan kesedihan yang mendalam buat barisan pelakon dan krew F&F7 kerana pada ketika itu mereka masih lagi terlibat dengan penggambaran untuk menyudahkan filem arahan pengarah kelahiran Malaysia, James Wan.

Menurut sumber Hollywood Life, Cody yang merupakan seorang pelakon aksi lagak ngeri mungkin akan dipanggil untuk menggantikan mendiang abangnya kerana mereka dikatakan sangat seiras dan memiliki tubuh badan yang hampir serupa.

Kalau benarlah cerita ini, mungkin watak Brian O’Conner akan diteruskan bagi menyiapkan jalan cerita mengikut skrip asal F&F7.

Buat penggemar siri filem francais hebat ini, tunggu dan lihat sahaja nanti perkembangan filem yang dijangka bakal ditayangkan di Amerika pada Julai tahun hadapan.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.