Abby sangkal dakwaan cederakan bekas suami

punca-penceraian-cerai-abby-abadiABBY Abadi, dalam laman Twitternya semalam, menafikan dia mencederakan bekas suaminya itu dengan menggunakan kunci motosikal.

“Pegang kunci motosikal pun tidak pernah…kenapa macam tu?,” katanya.

Abby berkata luka di muka Farhan sengaja dilakukan menggunakan pisau cukur.

“Nampak sangat menipunya…Dalam gambar misai berdarah-darah, tapi dalam gambar pegang report ada pulak misai,” katanya.

Terdahulu, ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur semalam, Abby, 37, berkata, dia reda.

“Saya tidak trauma. Bukan saya minta penceraian ini. Saya kuat hadapi ujian ini kerana yakin ALLAH bersama saya,” katanya.

Abby memberitahu, dia telah berusaha dan berdoa, namun tidak nampak jalan untuk menyelamatkan perkahwinan keduanya itu.

Katanya, dia tidak serik untuk kahwin demi anak-anak.

“Saya mahu hidup ada lelaki kerana tidak semua benda boleh buat sendiri,” katanya.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.