77 Kereta Musnah, Bengkel Terbakar Di Selayang

KUALA LUMPUR – Sebanyak 77 kereta musnah manakala 25 berjaya diselamatkan dalam kebakaran sebuah bengkel di Batu 8, Selayang, dekat sini malam tadi.

IMG-20140120-WA0027-1-565x423Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohamad Sani Harul berkata dalam kejadian pada kira-kira 8 malam yang melibatkan empat unit kedai termasuk bengkel berkenaan, pihaknya menerima panggilan pada 8.08 dan  tiba lima minit kemudian.

“Pihak bomba berjaya mengawal kebakaran kira-kira sejam kemudian. Punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian masih disiasat,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata sebanyak 12 pegawai dan anggota membabitkan dua jentera dari  Balai Bomba Selayang dan Gombak dikejarkan ke lokasi kejadian.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. – BERNAMA

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.