7 Lori, 2 Treler Hangus Terbakar Di Bukit Kemuning

SHAH ALAM – Tujuh buah lori 10 tan dan dua treler milik sebuah kilang membuat kotak di Jalan Bukit Kemuning di sini, hangus terbakar dalam kejadian awal pagi tadi.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Alimaddia Bukri berkata semua kenderaan itu diletak di hadapan kilang berkenaan dan pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 12.54 tengah malam.

Ketika pasukan bomba sampai di tempat kejadian kira-kira 10 minit kemudian, api sedang marak.

“Maklumat awal mendapati lori berkenaan yang berdinding kanvas dan treler tersebut penuh berisi kotak.

“Api berjaya dikawal pada pukul 2.33 pagi dan padam sepenuhnya kira-kira tiga jam kemudian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian serta kerugian masih dalam siasatan. – BERNAMA

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *