51 Gerai Di Pasar Baru Seri Muda Musnah Dijilat Api

SHAH ALAM – Sebanyak 51 gerai kecil sementara di Pasar Baru Seri Muda di sini musnah dijilat api awal pagi ini.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Shah Alam, Ahmad Zaidi Safuan berkata bomba menerima panggilan mengenai kebakaran gerai berstruktur papan itu pada 3.40 pagi daripada orang awam dan tiba di tempat kejadian kira-kira 15 minit kemudian.

FW306522_KD01_091213_KEBAKARAN-lpr-565x374Sebanyak tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Kota Anggerik dan Subang Jaya dengan 25 anggota serta pegawai bergegas ke tempat kejadian dan dapat memadam api dalam tempoh dua jam.

“Deretan 51 gerai-gerai kecil yang menjual pelbagai keperluan harian itu musnah keseluruhannya kerana strukturnya yang diperbuat daripada papan memudahkan api untuk marak,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya punca kebakaran masih disiasat dan jumlah kerugian setakat ini dianggarkan RM600,000.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. – BERNAMA

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.