51 Anggota URB Pantau Jenayah

ALOR GAJAH – Polis Melaka menggerakkan sebanyak 51 pegawai dan anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) bagi tugas pemantauan dan cegah jenayah khususnya pecah rumah di seluruh negeri ini sepanjang Ops Selamat 4 sepanjang perayaan Tahun Baharu Cina.

Unit-Rondaan-Bermotosikal-565x311Ketua Polis Melaka Datuk Chuah Ghee Lye berkata kesemua tiga ibu pejabat polis daerah iaitu Melaka Tengah, Jasin dan Alor Gajah masing-masing dibekalkan dengan 17 buah motosikal jenis Kawasaki Ninja 250 bagi melakukan rondaan di kawasan perumahan, premis perniagaan, perindustrian dan taman rekreasi.

Beliau berkata statistik kes jenayah pecah rumah di Melaka ketika musim perayaan Tahun Baharu Cina pada 2013 menunjukkan penurunan kepada 34 kes berbanding 38 kes pada 2012.

“Walaupun statistik kes pecah rumah di negeri ini masih terkawal, namun pihak polis akan tetap meningkatkan kawalan dan rondaan sebagai usaha mengekang kejadian itu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Ops Selamat 4 di Simpang Ampat di sini hari ini.

Katanya Ops Selamat 4 yang bermula pada 24 Jan hingga 7 Feb itu juga memberi tumpuan kepada kesalahan di jalan raya dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan dan kematian.

Chua berkata statistik kemalangan jalan raya di negeri itu semasa musim perayaan Tahun Baru Cina pada tahun lepas menunjukkan peningkatan iaitu 729 kes daripada 632 kes pada 2012.

Katanya enam kesalahan utama yang dikenal pasti sering berlaku ialah memandu melebihi had laju, memotong garisan berkembar, salah guna lorong kecemasan, melanggar lampu isyarat, memotong barisan dan lain-lain kesalahan yang membabitkan penunggang motosikal. – BERNAMA

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.