5,000 graduan menganggur bakal diambil bekerja

FOTO Arkib NSTP/Eizairi Shamsudin

Kota Kinabalu: Lebih 5,000 graduan jurusan pendidikan yang masih menganggur bakal diambil bekerja bagi memenuhi sasaran 90 peratus tenaga pengajar warga tempatan dalam tempoh tiga tahun lagi.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), Datuk Jame Alip berkata, pengambilan itu akan dilakukan menerusi sesi pendaftaran temuduga yang akan diadakan bermula 6 hingga 9 Oktober depan.

“Sebagai langkah awal, keutamaan akan diberikan kepada graduan jurusan pendidikan yang masih menganggur.

“Majlis Pelancaran Inisiatif Pengumpulan Data 90:10 ini akan bermula di Lobi Wisma Pendidikan, Likas pada 6 Oktober depan, diikuti pejabat pendidikan di daerah lain sehingga 9 Oktober nanti,” katanya.

Sehubungan itu, graduan berkaitan diminta hadir bagi mendaftar di pejabat pendidikan bagi membolehkan pengumpulan data dan temuduga dilakukan.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.