[4 Gambar] Charlotte Elizabeth Diana nama anak diraja

846158_w580h340q75v52020_20150504185214259

LONDON – BRITAIN. Puteri Charlotte Elizabeth Diana adalah nama kedua anak kepada pasangan diraja Putera William dan Kate Middleton.

Nama tersebut diumumkan pada Isnin dilihat sebagai satu penghormatan kepada ibu – bapa, nenek Putera William dan juga berkaitan dengan keluarga Duchess of Cambridge.

Menurut jurucakap Diraja, puteri kedua  pasangan diraja itu akan dikenali sebagai Her Royal Highness Princess Charlotte of Cambridge.

Kelahiran Puteri Charlotte adalah lembaran baru untuk Putera William dan Kate sebagai simbol sistem monarki moden dan pasangan diraja popular.

Memetik laporan AP, nama yang dipilih adalah berakar umbi dari sejarah keluarga diraja Britain.

Charlotte adalah berkaitan dengan nama Putera Charles,  Elizabeth adalah nama nenek kepada bayi itu iaitu Ratu Elizabeth II manakala Diana pula merupakan ibu kepada Putera William.

Selain itu, nama Charlotte juga berkaitan dengan nama keluarga Kate iaitu nama tengah adiknya, Pippa Middleton.

Bayi seberat 3.7 kg itu dilahirkan pada pukul 8.34 pagi (0734 GMT) pada Sabtu di St Mary’s Hospital, London.

Anak pertama pasangan diraja ini bernama Putera George yang kini berusia satu tahun.

stream_img

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.