3 ‘maknyah’ dicekup

PUCHONG – Bermodal wajah ayu dan layanan manja, tiga ‘maknyah’ dikesan antara yang memberikan khidmat seks kepada pengunjung di sebuah pusat hiburan di Pusat Bandar Puchong di sini.

Kesemua 21 GRO yang ditahan hanya mempunyai pas lawatan sosial ke negara ini.

Kesemua 21 GRO yang ditahan hanya mempunyai pas lawatan sosial ke negara ini.

Difahamkan, dengan lenggok mengalahkan seorang gadis, tiada pelanggan di pusat hiburan terbabit mengetahui mereka sebenarnya lelaki sebelum dicekup bersama 18 yang lain.

Dalam serbuan dijalankan Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, 21 pegawai perhubungan pelanggan (GRO) dari pelbagai negara termasuk dua dari Russia dicekup lewat malam kelmarin.

Ketika serbuan dijalankan terdapat lebih 50 pelanggan berusia antara 25 hingga 45 di dalam premis terbabit.

Pegawai D7 IPD Serdang, Inspektor Roslin Mohd Isa berkata, hasil risikan sejak seminggu lalu, pihaknya menyerbu premis terbabit kira-kira jam 10 malam, kelmarin.

Menurutnya, berdasarkan  maklumat awal dua gadis Russia terbabit dipercayai akan melakukan persembahan tarian ghairah menjelang tengah malam.

Bagaimanapun, katanya aktiviti tidak bermoral itu berjaya ditumpaskan dengan penahanan 18 gadis Thailand dan seorang lagi warga China.

Hasil pemeriksaan, katanya, 19 daripada ditahan tidak mempunyai permit kerja dan hanya mempunyai pas lawatan sosial manakala dua lagi tidak mempunyai dokumen perjalanan diri sah.

Kesemua yang ditahan di premis haram tidak mempunyai lesen perniagaan sah itu berumur antara 20 hingga 25 tahun.

“Polis mendapat maklumat pusat hiburan ini baru sahaja dibuka sejak seminggu lalu. Pelanggan perlu membayar harga pakej sehingga RM180 untuk mendapat layanan mesra GRO selain boleh membawa gadis genit itu pulang untuk aktiviti seks.

“Ketiga-tiga ‘maknyah’ warga Thailand terbabit turut dipercayai terlibat dengan aktiviti persundalan bersama pelanggan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata, kesemua ditahan disiasat di bawah Seksyen 55 B Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen. Operasi semalam disertai turut disertai tujuh anggota D7 IPD Serdang.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.