[3 Gambar] kereta dipandu Juliana Evans kemalangan di US

julianaevansPelakon terkenal yang juga bekas kekasih Zizan Razak telah terlibat kemalangan teruk di Michigan, Amerika Syarikat apabila kereta Elektra yang dipandunya dilanggar sebuah kereta dari belakang.

Akibat itu, bahagian belakang kereta Juliana Evans yang menggunakan BONCENG sebagai nombor plat kemek dan hancur termasuk lampu kanan belakang kereta.

Menurut info yang diberikan beberapa pengomen tegar fanpage Rotikaya, kemalangan itu dikatakan berpunca daripada kecuaian seorang pemandu yang hilang kawalan kerana berada dalam keadaan mabuk.

gambar Juliana Evans kemalangan di MichiganSelain itu, keadaan licin dan berais di Michigan, Amerika Syarikat juga mungkin sedikit menyumbang kepada kemalangan tidak diduga itu.

Setakat ini, info tentang punca kemalangan terbabit masih belum dipastikan kesahihannya namun admin berharap pelakon cantik manis itu berada dalam keadaan baik dan tidak tertekan. Biasalah kan, kalau dah terlibat kemalangan, macam-macam benda yang difikirkan lebih-lebih jika bukan berlaku di negara sendiri.

gambar Juliana Evans kemalangan di Michigan, US

gambar Juliana Evans kemalangan di Michigan2

gambar Juliana Evans kemalangan di Michigan3

 

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.