2 Pelancong Cedera Dipukul Di George Town

Fullscreen-capture-2282014-123923-PMGEORGE TOWN – Dua pelancong rakyat Jerman cedera selepas diserang sekumpulan lelaki ketika berhibur di sebuah pusat hiburan di Lebuh Farquhar, di sini awal Khamis.

Jurucakap polis berkata dua lelaki berusia 24 tahun itu diserang sekumpulan empat hingga enam lelaki ketika mereka sedang menari di pusat hiburan berkenaan pada pukul 1.30 pagi.

“Mereka yang merupakan penuntut kolej di Jerman berada di negeri ini sejak beberapa hari lepas untuk melancong,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata kumpulan lelaki terbabit dikatakan memukul, menendang dan membaling botol ke arah pelancong Jerman itu menyebabkan mereka lari keluar dari pusat hiburan berkenaan dan meminta pertolongan daripada orang ramai.

Kedua-dua pelancong Jerman itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang dan seorang daripada mereka yang cedera di kening kanan menerima lapan jahitan sebelum dibenar pulang manakala rakannya yang cedera di tangan kiri masih dirawat di hospital berkenaan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Ismail Idris ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata polis telah mengambil keterangan daripada dua pelancong berkenaan.

“Mereka mendakwa tidak mengetahui punca kejadian itu malah tidak mengenali penyerangnya. Setakat ini, kami belum tahan sesiapa dan polis meminta orang ramai yang melihat kejadian itu supaya tampil membantu siasatan,” katanya. – BERNAMA

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.