19 Ciri Kanak-Kanak Pintar

why-smart-kids-worry1Untuk perkongsian para ibu.

1. Pengamatan tinggi

Menyedari sesuatu dengan lebih teliti berbanding dengan kanak-kanak yang sebaya dengannya yang mungkin akan terlepas pandang

2. Keinginan untuk tahu tinggi

Ingin mengetahui semua hal seperti objek, idea, keadaan situasi atau sesuatu acara

3. Minat mendalam

Mungkin akan menfokus sesuatu perkara yang diminati dalam jangka masa sebulan atau mungkin setahun serta akan menjadi terlampau dalam hal tersebut

4. Menerima infomasi dengan pantas

Selalu diandaikan seperti span,menyerap segala maklumat dengan cepat dan banyak

5. Ingatan yang tinggi

Selalu dikatakan mempunyai ruang simpananmemori yang luas untuk pelbagai topik serta mampu mengingati semula dengan cepat

6. Mungkin dapat membaca lebih awal

Kebanyakannya dapat membaca sebelum umur 5 tahun

7. Kerap membaca serta meluas

Suka membaca bacaan yang meluas dan pelbagai subjek serta membaca dengan pantas

8. Tatabahasa yang tinggi

Memiliki penggunaan tatabahasa yang canggih serta banyak dan suka menggunakan perkataan yang baru dan unik

9. Tahap penumpuan yang lama

Berbanding kanak-kanak normal mereka ini dapat memberi tumpuan yang lebih lama dalam sesuatu perkara kecuali aktiviti tersebut tidak menggunakan daya pemikiran

10. Kebolehan menyelesaikan masalah

Kanak-kanak pintar cerdas ini mampu untuk menyelesaikan masalah yang sukar untuk ditafsirkan serta memiliki kemahiran berfikir yang tinggi

11. Suka bertanya dengan lebih teliti

Kebolehan untuk mencipta teori baru terhadap sesuatu benda yang berlaku

12. Keupayaan imaginasi yang tinggi

Mampu untuk membayangkan sesuatu samada baik atau buruk dan boleh mencipta cerita yang bagus serta boleh menyatakan segala kebimbangannya

13. Minat dalam falsafah dan isu-isu sosial

Sebagai contoh, perjalanan galaksi,masalah-masalah berkaitan populasi dunia,isu-isu alam sekitar

14. Sangat sensitif dari segi emosi dan emosi tingkah laku

Mudah kecewa walaupun dalam hal-hal yang kecil tetapi boleh mengalir air mata apabila melihat keindahan matahari terbenam atau mendengar lagu serta sanggup untuk berhenti makan daging kerana sangat simpati terhadap haiwan

15. Sangat menitikberatkan hal-hal keadilan

Sangat teliti dalam hal-hal betul atau salah bukan sahaja untuk diri sendiri malah untu orang lain

16. Bersemangat dan bertenaga

Mereka ini kurang tidur berbanding rakan sebaya mereka tetapi mereka masih mampu dan mempumyai tenaga untuk meneruskan kehidupan seharian

17. Pandai berjenaka

Mampu mencipta suatu situasi jenaka dan melakukan jenaka yang mana rakan-rakan sebayanya langsung tidak memahami

18. Sangat teliti dan mementingkan kesempurnaan

Tidak suka melakukan kesilapan dan mudah kecewa bila sesuatu tidak dapat dilakukan dengan sempurna

19. Perkembangan asynchronous

Perkembangan fizikal intelektual, emosi dan sosial adalah tidak sekata sebagai contoh kanak-kanak berumur 6 tahun mungkin seperti kanak-kanak 10 tahun inteleknya, kanak-kanak berumur 8 tahun seperti sosialnya dan kanak-kanak 6 tahun dari segi emosinya

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.