15 tukang urut diberkas

image (9)KUALA LUMPUR – Kegiatan tiga pusat urut yang menawarkan khidmat pelacuran terbongkar dengan tertangkapnya 15 tukang urut warga asing, dipercayai pelacur, dalam serbuan di Jalan Klang Lama dan Jalan Kuchai Lama, di sini, malam kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira jam 10 malam itu, sepasukan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) B, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, yang diketuai Inspektor Mohd Nor Nahar Nayan, menahan 11 wanita warga Vietnam dan empat China berusia 20 hingga 30 tahun.

Mohd Nahar berkata, serbuan itu adalah hasil risikan dan maklumat orang awam.

“Mereka didapati tiada permit kerja dan dipercayai menyalahgunakan pas lawatan sosial,” katanya.

Menurutnya, tiga individu, termasuk dua wanita, dipercayai penjaga premis, turut ditahan bagi membantu siasatan.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.