13 orang awam maut terkena serangan mortar

Serangan mortar kembali membedil sekitar bandar Damsyik.

Serangan mortar kembali membedil sekitar bandar Damsyik.

DAMSYIK – SYRIA. Sekurang-kurangnya 13 orang awam terbunuh dan puluhan lagi cedera selepas terkena serangan mortar terbaharu di beberapa bandar di sini, kelmarin.

Jurucakap Persatuan Bulan Sabit Merah Syria berkata, pasukannya memindahkan 50 orang cedera ke hospital di seluruh Damsyik.

“Keadaan makin tertekan apabila serangan mortar kembali meledak sekitar bandar ini. Ahad lalu, seorang maut dalam serangan sama di Aleppo,” katanya dalam laporan Al Jazeera.

Menurutnya, serangan turut berlaku di Sweida, berhampiran sempadan Jordan mengakibatkan dua maut.

Pemerhati Hak Asasi Manusia bagi Syria melaporkan, setakat ini 150, 344 nyawa terkorban dengan  51, 212 terdiri daripada orang awam dan 7, 985 adalah kanak-kanak.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.