13 cedera bom pada basikal meletup

QUETTA – Sebutir bom yang dilekatkan pada sebuah basikal meletup dan mencederakan sekurang-kurangnya 13 orang berdekatan masjid pengikut Syiah di barat daya bandar Quetta, Pakistan, kelmarin.

Pegawai keselamatan memeriksa sebuah kereta yang turut terbakar selepas bom basikal berkenaan meletup. Foto: Reuters

Pegawai keselamatan memeriksa sebuah kereta yang turut terbakar selepas bom basikal berkenaan meletup. Foto: Reuters

Menurut pegawai, letupan dilabelkan sebagai serangan mengejut itu membabitkan kawasan hospital, berdekatan masjid dalam Bandar Satellite yang juga sebuah bandar kaya dengan sumber minyak serta gas dalam wilayah Baluchistan.

Sementara itu, pegawai kanan polis, Fayaz Sumbal berkata, pihaknya masih belum dapat memastikan sasaran serangan kerana majoriti cedera adalah pejalan kaki menurut petikan AFP.

Setakat ini, tiada mana-mana pihak tampil mengaku bertanggungjawab termasuk Taliban.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.