1,000 menara telekomunikasi dalam tiga tahun

 

Sekadar gambar hiasan.

Sekadar gambar hiasan.

TELUK INTAN – Penambahbaikan jalur lebar akan diteruskan di seluruh negara dalam masa tiga tahun dengan pembinaan 1,000 menara telekomunikasi di seluruh negara.
   
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, ia termasuk agenda besar negara dalam membolehkan internet bercapaian tinggi dinikmati semua pihak.
   
“Kita tahu bahawa mempertingkatkan infrastrutur internet, jalan raya, api dan sebagainya, ialah merupakan antara infrastruktur diperlukan dalam sebuah negara membangun dan ia akan menjadi kayu pengukur,” katanya.
   
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis kenali jiran bersama komuniti 1Malaysia di Kampung Tengah Ayer Hitam, di sini, malam tadi.   
   
Terdahulu, beliau turut menunaikan solat Maghrib dan Isyak serta tahlil berjamaah sempena kemangkatan Sultan Perak Almahrum Sultan Azlan Shah di Masjid Jamek Kampung Ayer Hitam, di sini.

Ahmad Shabery, yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno (MT) turut menyelar pihak yang memutar belit kenyataannya baru-baru ini berkenaan pembangunan infrastruktur berkenaan.
   
“Ini perkara yang banyak orang salah faham. Baru-baru ini saya kata saya menyokong calon BN, Datuk Mah Siew Keong untuk baiki internet di sini. Tetapi orang kata saya seolah-olah berjanji hanya kalau BN menang baru buat Wifi. Itu janji salah.
   
“Namun penambahbaikan infrastruktur ini ada banyak halangan…sebab itu apabila Datuk Mah kata nak beri kemudahan ini sudah tentu kita akan menyokong dan menjadikan Teluk Intan ini mendapat kemudahan yang dijanjikannya sendiri,” katanya. – Bernama

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.