10 Terbunuh, Penjara Terbakar Di Colombia

BOGOTA – Sekurang-kurangnya 10 banduan terbunuh manakala 38 yang lain cedera apabila sebuah penjara di Colombia terbakar selepas berlaku pergaduhan antara tahanan, demikian menurut pihak berkuasa, hari ini.

Penjara3Kebakaran berlaku di penjara di bandar utara Barranquilla awal pagi semalam selepas beberapa banduan bertindak membakar tilam masing-masing ketika pergaduhan.

Menurut pegawai penjara, daripada 38 yang cedera, 12 sudah dibawa keluar dari hospital tetapi dua lagi banduan yang masih berada dalam keadaan kritikal ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Penjara berkenaan dibina bagi menampung kapasiti 275 banduan namun seramai 1,044 tahanan ditempatkan ketika kebakaran. – AFP

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.