10 Pekerjaan Gaji ‘Termasyuk’ Tahun Ini

MEREKA yang bekerja dalam sektor kejuteraan, teknologi maklumat dan penjagaan kesihatan menerima gaji paling banyak di negara ini, menurut kajian yang dijalankan oleh laman web perbandingan kewangan, iMoney.

Laporan itu turut menyatakan bahawa golongan yang bekerja dalam industri hotel dan restoran, sektor pelajaran dan latihan, serta latihan dan sumber manusia mendapat bayaran paling rendah.

Dapatan kajian tersebut adalah berdasarkan sebuah laporan yang disediakan oleh syarikat pengrekrutan pekerja, Jobstreet, yang menggunakan iklan pekerjaan sebenar.

Kata iMoney, meskipun industri hotel dan restoran menawarkan gaji tertinggi bagi posisi entry-level, industri itu juga merupakan pekerjaan dengan tangga penggajian paling rendah secara keseluruhan.

Di bawah merupakan senarai industri dengan kadar penggajian tertinggi mengikut turutan:

Senarai entry-level

1. Kejuruteraan dan pembinaan: RM5,533

2. Hotel, Restoran dan perunding pengurusan perniagaan: RM5,100

3. Tekonologi maklumat (IT): RM4,600

Eksekutif Senior

1. Industri Sains dan minyak dan gas (oil and gas- O&G): RM28,250

2. Penjagaan kesihatan; dandanan, kecantikan dan kecergasan: RM15,167

3. Perunding kejuruteraan: RM11,333

Eksekutif Junior

1. Teknologi maklumat dalam perbankan dan kewangan: RM6,500

2. Peruncit dan perniagaan produk penjagaan kesihatan: RM5,950

3. Teknologi maklumat dan industri kimia: RM5,182

Pengurus

1. Pembinaan dan industri minyak dan gas (O&G): RM15,611

2, Akauntan dan sektor barangan kemas: RM14,500

3. Kejuruteraan dan sektor barangan pengguna bergerak pantas: RM14,500

Pengurus Senior

1. Sektor pentadbiran dan sumber manusia, pembinaan dan kejuruteraan: RM35,000

2. Perkhidmatan penjagaan kesihatan: RM27,500

3. Industri Semi-konduktor: RM27,500

Tambah iMoney lagi, pangkat yang rendah tidak bermaksud gaji juga rendah.

Dalam sesetengah industri, pangkat eksekutif senior dalam industri O&G mempunyai gaji yang lebih tinggi berbanding mereka yang berpangkat pengurus dalam industri lain.

Laporan tersebut turut menyatakan bahawa purata gaji bagi rakyat Malaysia adalah RM5,000, manakala yang paling maksimum adalah RM83,333.

Ia turut menggariskan bahawa 6 daripada 10 pekerja di negara ini akan tukar kerja demi gaji yang lebih tinggi ataupun kepentingan.

Dalam laporan itu, 40% pekerja mengatakan mereka akan kekal di tempat kerja lama kerana keseimbangan hidup dan pekerjaan, manakala 38% selebihnya berkata mereka hanya bertahan kerana gaji yang ditawarkan.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.