Usul undi tak percaya tersenarai hari ini

image (1)

KUALA LUMPUR – Usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tersenarai dalam kertas Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.

Usul yang dikemukakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail itu berada di kedudukan terakhir dalam senarai tersebut.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada usul itu akan sempat dibahaskan pada sesi ini kerana terdapat lapan rang undang-undang kerajaan dan 22 usul lain yang turut tersenarai melibatkan pelbagai isu.

Mesyuarat ketiga penggal ketiga Parlimen ke-13 akan berakhir 3 Disember ini.

Pada 22 Oktober lalu, Wan Azizah mengemukakan pemberitahuan usul undi tidak percaya terhadap Najib kepada Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Pejabat Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah.

Usul tersebut difailkan berdasarkan Perkara 43(1) dan 43(4) Perlembagaan Persekutuan, Konvensyen Parlimen dan Peraturan 26 dan 27 Peraturan-Peraturan Mesyuarat Majlis Dewan Rakyat.

Sebelum ini, semua ahli parlimen Pakatan Harapan dan Pas telah menyatakan komitmen untuk menyokong undi tidak percaya terhadap Najib sekiranya usul itu berjaya dibawa di Dewan Rakyat.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *