Uqasha Senrose Mahu Berehat Selepas Isu Buka Tudung

img_2016-09-26-184107-700x421

Selepas dikecam hebat akibat membuka tudung baru-baru ini, Uqasha Senrose meminta untuk berehat dalam tempoh tertentu buat seketika sebelum kembali berlakon didalam filem seterusnya terbitan Metrowealth International Group (MIG). Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, David Teo yang juga merancang beberapa filem untuk selebriti kontroversi itu.

“Uqasha baharu sahaja menjadi artis bawah pengurusan kami pada bulan yang lalu, tapi buat masa ini dia minta untuk berehat seketika dan menenangkan fikiran selepas isu buka tudung. Kalau sudah betul-betul bersedia barulah dia akan kembali semula untuk berlakon. Kami juga tidak mahu paksa dia, kita tunggu sehingga dia bersedia dahulu untuk kembali semula berlakon”

“Uqasha sebelum ini memang dari pengurusan kami dan dia pertama kali berada dalam industri dengan filem pertamanya bersama MIG berjudul Paku. Saya tahu dia mempunyai potensi dan bakat yang besar sebagai pelakon, jadi apa salahnya memberi peluang kepadanya sekali lagi untuk berada dalam industri,” katanya kepada m Star Online berhubung perkara itu.

Sementara itu, David juga menegaskan bahawa tawaran untuk menyertai MIG dibuat sebelum pelakon Tundukkan Playboy Itu membuat keputusan nekad untuk kembali tidak bertudung. Uqasha dikatakan baru sahaja menandatangani kontrak dibawah syarikat pengurusan David pada bulan Ogos lalu namun kini hanya menunggu selebriti itu bersedia untuk kembali.

Incoming search terms:

  • berita terkini amar dan amyra
  • metro online hiburan

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *