Sembunyi Mayat Kekasih Dalam Peti Sejuk

OHIO – Seorang lelaki menyembunyikan mayat kekasihnya di dalam ruang beku dengan bantuan seorang wanita lain, yang menyamar sebagai mangsa dengan berpindah ke rumahnya, menggunakan kad kredit dan menjaga anjing beliau.

Kedua-duanya ditahan dan didakwa mendera mayat selepas mayat wanita berkenaan ditemui dalam rumah berhampiran Youngstown.

Hakim menetapkan ikat jamin AS$1 juta (RM4.29 juta) kelmarin bagi Katrina Layton, 34 dan Arturo Novoa, 31.

Pihak berkuasa mengesyaki mayat itu ialah wanita bernama Shannon Graves, yang berusia 28 tahun ketika dilaporkan hilang.

Mereka masih menunggu pengenalan rasmi dan maklumat mengenai punca kematian.

Graves tidak kelihatan beberapa bulan, menurut laporan orang hilang yang difailkan anggota keluarganya Jun lalu.

Saudara perempuan Graves memberitahu rakan mangsa melihatnya kali terakhir pada Februari lalu.

Katanya, Graves sentiasa memaklumkan keluarga mengenai pergerakannya.

Beliau juga tidak akan meninggalkan rumah tanpa kereta, anjing dan telefonnya.

Pendakwa raya Youngstown, Dana Lantz, berkata ketika Graves hilang, Layton berpindah tinggal bersama Novoa dan menggunakan kereta, telefon dan kad kredit Graves serta menjaga anjingnya.

Novoa meminta seorang rakannya memastikan ruang beku itu sentiasa terkunci, kata polis, tetapi lelaki itu curiga kerana sudah dikunci selama seminggu.

Beliau membuka ruang beku itu, menemui mayat dan menghubungi polis. – AP

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *