Selepas 20 Tahun, Tanah Highland Towers Kini Akhirnya Dibuka Untuk JUALAN

Tanah Highland Towers meliputi lot banglo dan unit kediaman akan dijual selepas 20 tahun tragedi runtuhan mengejutkan negara pada 11 Disember 1993.

Highland_Towers_2008-565x375Ambank (M) Bhd akan menguruskan tender untuk penjualan tanah tersebut dan alasan penjualan tidak dinyatakan.

Pihak yang berminat untuk membida tanah tersebut perlu membeli memorandum maklumat daripada bank sebanyak RM200 satu salinan dan perlu dilakukan sebelum 17 Disember ini.

Menurut laporan itu, pihak yang membida perlu mengupah penilai tanah dan mengambil peguam sendiri untuk melaksanakan proses pembelian tersebut.

Dalam pada itu, perunding hartanah meramalkan tawaran tender tersebut bakal menarik banyak pemaju memandangkan lokasinya yang hampir dengan ibu kota Kuala Lumpur.

Pengarah Henry Butcher Malaysia, Lim Eng Chong, berkata tanah untuk pembangunan berdekatan bandar sukar untuk diperoleh ketika ini.

Pihak bank juga dipetik berkata, penjualan tersebut melibatkan keseluruhan tanah di Highland Towers.

Tragedi Highland Towers merupakan tragedi bangunan runtuh yang pertama dan terburuk setelah Malaysia mencapai kemerdekaan.

Seramai 48 orang terkorban dalam tragedi yang menyayat hati ini.

Pelbagai pihak melakukan kajian terhadap tanah runtuh khususnya di Bukit Antarabangsa yang melibatkan Highland Towers.

Antaranya ialah Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Malah, saman juga dikemukakan oleh 73 pemilik blok dua dan tiga pangsapuri Highland Towers dan perbicaraan diadakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk James Foong.

Saman dilakukan terhadap pemaju dan sembilan lain bagi kerugian yang dialami iaitu antara RM31 juta hingga RM35 juta.

Incoming search terms:

  • utusan highland towers pdf

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *