Saingan Kilauan Emas Musim Ketiga bermula


313 views
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

PENTAS Kilauan Emas Musim Ketiga yang membuka tirai pada malam ini menyaksikan 10 peserta bersaing untuk ke peringkat seterusnya.

Sepuluh peserta yang bakal memulakan aksi pertama mereka di pentas Kilauan Emas, Rabu depan.

Sepuluh peserta yang bakal memulakan aksi pertama mereka di pentas Kilauan Emas, Rabu depan.

Program yang dikendalikan pengacara terkenal, Raja Azura itu disiarkan secara langsung dari Dewan Auditorium MBSA, Shah Alam.

Persembahan pembukaan dibawakan oleh penyanyi-penyanyi otai seperti Dahlan Zainudin, Azie, Wann dan Nash.

Pertandingan nyanyian yang memfokus pada peserta berusia 40 tahun ke atas itu diadili juri profesional, Datuk Ramli MS, Ziana Zain dan Nash.

Sepuluh peserta yang bakal beraksi ialah Rina, Edy, Din, Ros, Silah, Seri, Idris, Alina, Mior dan Malia.

Rina memulakan saingan dengan menyampaikan lagu Matahariku dengan penuh bertenaga dan diiringi empat penari.

Menurut Ramli MS, Rina kelihatan gugup ketika menyampaikan lagu yang dipopularkan Agnes Monica itu.

“Masih gugup. Permulaan nampak gugup tapi tenaga ada. Lagu ini pun bukan senang.Lain kali kena tenang, jangan tertekan,” katanya.

Kemudian, pentas diambil alih Edy yang menyampaikan lagu Di Alam Fana Cinta dan Ziana Zain akui tidak menyangka suara Edy seperti suara orang muda meskipun sudah berusia 46 tahun.

“Tak sangka suara macam budak 20-an. Penghayatan dan kawalan suara bagus meskipun ada beberapa tempat yang semput tapi pada saya anda ‘superb’,” katanya.

Peserta dari Johor, Din dipuji Nash apabila menyampaikan lagu Juwita yang dipopularkan Saleem dengan gaya tersendiri.

Kemudian, peserta paling otai, Ros menyampaikan lagu Satu Dua Kau dengan begitu menghiburkan malah Ramli MS menyifatkan persembahan tersebut agak comel.

Seterusnya, Silah menggegarkan pentas dengan lagu Hotel California yang disampaikan dengan penuh penghayatan.

Ziana memuji kehebatan suara Silah dan kebolehannya menyampaikan lagu tersebut dalam keadaan duduk.

“Orang kata lagi tua lagi berisi. ‘Superb’. Abang duduk boleh menyanyi, tak semua orang boleh buat. Saya nampak penghayatan bagus,” katanya.

Peserta dari Negeri Sembilan, Seri pula menyampaikan lagu yang dipopularkan Rossa, Tegar mendapat pujian juri kerana berjaya menyampaikan lagu tersebut dengan penuh penghayatan.

Peserta berusia 51 tahun, Idris mendendangkan lagu Seni Berzaman yang dipopularkan To’ki juga dipuji Ramli MS ekoran nyanyiannya yang baik.

“Saya tak tahulah jika To’ki berusia 51 tahun, dia boleh menyanyi macam anda. Lembut dan agak senang didengar. Kalau lagi lembut akan lagi bagus dari To’ki,” katanya.

Seterusnya, Alina menyampaikan lagu I Will Survive dengan begitu bertenaga.

Peserta berimej rock, Mior terus menggegarkan pentas Kilauan Emas dengan lagu Potret Monalisa.

“Tahap keyakinan sangat tinggi. Lagu ini makanan awak. Saya tak nak tengok awak terkeluar. Saya suka penyampaian awak,” kata Nash.

Peserta terakhir, Malia menyampaikan lagu ciptaan Adnan Abu Hassan, Samar Bayangan.

“Nada agak sedap dan ada kelembutan. Tapi tenaga tak ada. Sepatutnya anda jadi penyanyi ketika muda,” kata Ramli MS.

Pemarkahan dinilai melalui 70 peratus dari juri profesional dan 30 peratus undian SMS.

Incoming search terms:

  • kilauan emas
  • kilauan emas musim 3
  • kilauan emas peserta yang ke final 4
  • zain kilauan emas

Berita berkaitan:

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>