Rayuan Permohonan BR1M 2014 DiBuka


1,987 views
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading...Loading...

br1m2014Pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang ditolak permohonannya boleh mengemukakan rayuan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk dipertimbangkan semula.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata mereka boleh berbuat demikian dengan mendapatkan maklumat lanjut menerusi laman sesawang LHDN di www.hasil.gov.my atau terus ke pejabat LHDN berhampiran.

“Mereka yang ditolak permohonan boleh merayu dengan kaedah yang ditetapkan, contohnya tahun lepas seorang bapa kita tolak permohonannya untuk mendapatkan BR1M kerana rekod kita mendapati beliau baru sahaja membeli sebuah kereta Proton Perdana model baru.

“Namun beliau kemudian membuat rayuan dan memaklumkan kereta itu milik anaknya dan kita telah meluluskan permohonannya untuk mendapatkan bantuan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Dewan Seri Perdana, Sekolah Kebangsaan (LKTP) Bukit Goh di Kuantan semalam.

Menurutnya kerajaan sentiasa berusaha menambah baik pemberian BR1M untuk mengurangkan bebanan rakyat dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup pada masa kini, sekali gus menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan mereka.

Untuk BR1M 3.0 yang mula diagihkan semalam, kerajaan memperuntukkan RM4.6 bilion yang memberi manfaat kepada 7.9 juta penerima dan antara penambahbaikan yang dilakukan ialah memperluas pemberian kepada isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 dan RM4,000.

Selain itu kerajaan turut memperkenalkan Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M) bernilai RM50 kepada penerima isi rumah BR1M dengan nilai perlindungan minimum RM1,000 (kematian biasa) dan maksimum RM30,000 sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan atau hilang upaya kekal.

-Bernama

Incoming search terms:

  • rayuan br1m 2014
  • bantuan brim 2014 rayuan
  • borang rayuan brim 2014 online
  • Brim 1MALAYSIA
  • pemohanan brim raya 1malaysia
  • nilai brim remaja 2014
  • brim2014 rayuan
  • brim 2014 rayuan
  • borang rayuan bantuan rakyat 1 malaysia
  • brim 1 malaysia

Berita berkaitan:

Komen

comments

1 Comment

  1. qistina qaisara

    24/02/2014 at 10:18 pm

    Klu bru nk isi borang sekarang bleh lg x?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>