Rakyat Malaysia Berpeluang Tengok Planet Zuhal Lepas Matahari Terbenam Hari Ini

screen-shot-2016-06-03-at-2-50-55-pm

Kejadian yang tidak sering kali berlaku, rakyat Malaysia berpeluang untuk melihat planet Zuhal pada posisi yang bertentangan dengan matahari melalui teleskop, binokular ataupun secara mata kasar di langit selepas matahari terbenam pada hari ini.

Menurut  Pegawai Penyelidik Angkasa Negara ( ANGKASA) , Farahana Kamaruddin  berkata, jika dilihat dengan mata kasar, ia akan kelihatan seperti bintang yang cerah.

Kali terakhir planet Zuhal muncul dan boleh dilihat iaitu pada 23 Mei 2015. Zuhal merupakan planet kedua terbesar selepas Musytari. Untuk pengetahuan korang, planet Zuhal akan berada di posisi yang bertentangan dengan matahari di setiap 378 hari  dan diramal akan muncul pada 15 Jun 2017 akan datang nanti. Haa apa lagi korang, bila lagi nak tengok keindahan seperti ini kan, jangan lupa, sebelum matahari terbenam, lihat pada langit.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *