PR teruskan Himpunan Blackout 505 di Ipoh


105 views
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

IPOH – Himpunan Blackout 505 diteruskan dengan kehadiran ribuan penyokong Pakatan Rakyat (PR) biarpun pihak polis telah mengeluarkan kenyataan bahawa perhimpunan itu tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa.

Himpunan Blackout 505 yang diadakan di pekarangan Pejabat PKR Negeri Perak, Medan Istana, Ipoh hari ini.

Himpunan Blackout 505 yang diadakan di pekarangan Pejabat PKR Negeri Perak, Medan Istana, Ipoh hari ini.

Bertempat di pekarangan Pejabat PKR Negeri Perak, Medan Istana di sini, suasana cukup ‘meriah’ dengan tepukan hadirin setiap kali penceramah naik ke atas pentas selain bunyi tiupan vuvuzela.

Beberapa wakil rakyat dan pemimpin PR menyampaikan ucapan ringkas sementara menanti kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sungguhpun himpunan dibuat dalam kawasan terbuka dan penuh sesak, orang ramai langsung tidak berganjak mendengar ucapan beberapa pemimpin PR.

Kesemua ucapan terarah kepada rasa tidak puas hati terhadap keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak adil dalam menguruskan pilihan raya.

Berita berkaitan:

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>