Polis Dapat Cekup 3 Suspek Kes Curi Aliff Syukri

POLIS telah menahan tiga suspek disyaki terbabit mencuri wang tunai dan barang berharga bernilai RM100,000 milik Pengarah Urusan D’Herbs Holding (M) Sdn. Bhd., Datuk Aliff Syukri Kamarzaman.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Somu Subramaniam berkata, ketiga-tiga suspek yang merupakan pembantu rumah, bekas pekerja dan isterinya itu ditahan di pekarangan Balai Polis Sungai Buloh 6.30 petang kelmarin.

“Suspek ditahan selepas mangsa membuat laporan polis sebaik menjumpai penyata bank pada jam 4 petang semalam, di rumahnya di Kampung Damai Kuang,” katanya dipetik Harian Metro.

Beliau berkata, mangsa sebelum itu menemui invois deposit bank ke Indonesia bertarikh 26 Mei lalu.

“Hasil semakan mendapati wang itu didepositkan isteri bekas pekerjanya ke Indonesia dipercayai menggunakan wang yang diserahkan pembantu rumah mangsa.

“Bagaimanapun, pembantu rumah mangsa terbabit enggan mengaku dan perkara itu menimbulkan keraguan terhadap penemuan invois berkenaan,” katanya.

Terdahulu, tular video pembantu rumah memohon maaf kepada jutawan kosmetik itu selepas ‘kantoi’ mencuri wang, pakaian dan barang kemas milik Aliff Syukri dan isterinya.

Menurut Somu, susulan laporan polis yang dibuat Aliff semalam, polis menahan tiga suspek termasuk dua wanita dan seorang lelaki berusia antara 24 hingga 48 tahun bagi membantu siasatan.

“Siasatan awal mendapati empat pembantu rumah terbabit dalam kes ini. Justeru, tiga suspek yang ditahan adalah pembantu rumah, bekas pekerja dan isterinya.

“Siasatan masih dijalankan untuk menahan tiga lagi suspek lagi yang juga merupakan pembantu rumah kerana masih lagi bebas,” katanya.

Menurut beliau, tiga suspek direman empat hari sehingga 22 Jun ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan.

Incoming search terms:

  • aliff syukeri ke balai polis 21/06/2017

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *