Permohonan BR1M 2017 dibuka

br1m

Permohonan dan kemas kini maklumat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017 dibuka mulai 5 Disember hingga 31 Disember ini, kata Kementerian Kewangan.

Dalam satu kenyataan hari ini, ia berkata notis dan surat pemakluman lulus atau gagal permohonan BR1M 2017 akan diposkan kepada pemohon mulai minggu kedua Februari 2017.

Bayaran BR1M akan mula dikreditkan ke akaun penerima secara berperingkat pada pertengahan Februari tahun depan, kata kementerian itu.

“Kerajaan berhasrat pembayaran BR1M tahun 2017 dapat membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat,” katanya.

Kementerian Kewangan berkata permohonan dan kemas kini maklumat itu boleh dilakukan secara manual atau dalam talian.

Untuk permohonan atau mengemaskini data anda, sila ke : https://ebr1m.hasil.gov.my/Default.aspx

Incoming search terms:

  • berita sinar metro
  • MAKSUD ANPR

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *