PAN Kata Salahkan PAS Tiga Penjuru

FW342283_JB03_200914_MUKTAMAR_PAS-lpr

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) mengingatkan penyokong pembangkang bahawa pertembungan Pakatan Harapan dengan PAS dalam dua Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini adalah berpunca daripada PAS.

Setiausaha Organisasinya, Suhaizan Kaiat berkata, Pakatan Harapan telah berusaha keras mengelakkan pertandingan tiga penjuru dengan Barisan Nasional (BN) tetapi ditolak PAS.

“Pakatan Harapan dah berusaha keras untuk mengelakkan pertandingan tiga penjuru di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

“Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah berusaha untuk berunding dengan PAS. Tapi malangnya PAS tidak setuju dengan perundingan sesama pembangkang,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Justeru, kata Suhaizan, PAN berharap penyokong pembangkang memahami kerumitan tersebut dan memberi sokongan hanya kepada calonnya dalam dua PRK berkenaan.

“Pakatan Harapan adalah lawan sebenar BN. Tolak Penasihat BN (PAS) dan Sokong PH,” katanya.

PAS baru-baru ini mengumumkan calonnya yang akan bertanding dalam PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar
manakala PAN berbuat demikian kelmarin.

Ia sekali gus bakal menyaksikan sekurang-kurangnya pertembungan tiga penjuru diantara parti-parti yang bertanding.

PAS bertegas mahu bertanding di dua kawasan itu meskipun di desak oleh Pakatan Harapan supaya berundur dengan alasan kerusi terbabit ditandingi PAS selama ini.

Pakatan Harapan pula mendakwa PAS tidak lagi layak bertanding di kerusi berkenaan kerana akan kalah dan perlu menyerahkannya kepada PAN. – Mynewshub.cc

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *