Nas T Kongsi Berita Kehamilan Isteri Di Akaun Instagram

4-Atita-Haris-Kini-Sah-Hamil-3-Bulan-jpeg-700x420

Kalau diikutkan sudah ramai pasangan selebriti menyampaikan berita kehamilan mereka sejak kebelakangan ini, terbaru pasangan, Atita Haris dan Nas T pula berkongsikan berita gembira buat semua peminatnya apabila Atita kini sedang hamil tiga bulan. Berita gembira itu telah disampaikan menerusi laman sosial Nas T sendiri melalui sebuah video.

Screen-Shot-2016-06-23-at-5.12.01-AM-590x380

Dalam rakaman video yang sempat kami lihat, Nas T telah memuat naik sebuah video menunjukkan imbasan ultrabunyi yang telah dilakukan keatas wanita mengandung pada minggu awal kehamilan, dan nama Atita jelas kelihatan pada skrin imbasan berserta hashtag #3months6days. Namun selepas itu, Nas T bertindak memadam video itu dari laman sosialnya.

Bagaimanapun, bagi mereka yang sempat melihat video tersebut rata-rata gembira dengan berita yang disampaikan, malah akaun Instagram milik Atita juga turut dibanjiri dengan ucapan tahniah dari peminat mereka. Tidak lupa juga mereka yang teruja menantikan pasangan selebriti kegemaran mereka menimang cahaya mata pertama selepas berkahwin.

Apapun, tahniah diucapkan kepada Atita Haris dan Nas T yang bakal menimanga cahya mata pertama mereka nanti selepas mendirikan rumah tangga pada awal Januari lalu. Semoga Atita diberikan kesihatan yang baik semasa hamil dan diharap segala perancangan serta urusan dalam menantikan kehadiran bayi pertama berjalan lancar dan dipermudahkan olehNya.

Incoming search terms:

  • sitinordiana abh

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *