Misteri borang My Kasih diedar di pasar raya


1,073 views
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading...Loading...

KUANTAN – Misteri borang My Kasih yang diedarkan Sabtu lalu di sebuah pasar raya di sini menimbulkan tanda tanya apabila sebahagian penerima gagal mencari individu yang bertanggungjawab terhadap borang itu.

Sebahagian penerima borang hadir untuk menyerahkan borang My Kasih, di pasar raya tersebut.

Sebahagian penerima borang hadir untuk menyerahkan borang My Kasih, di pasar raya tersebut.

Borang My Kasih itu menawarkan RM80 untuk beli barangan berupa makanan.

Mereka mendakwa mengambil borang tersebut Sabtu lalu yang diletakkan di kaunter khidmat pelanggan di pasar raya sepanjang hari dan dimaklumkan ada kotak disediakan pada hari penyerahan borang.

Penerima borang yang ditemui, Marwati Mahayuddin, 39, terkejut apabila tidak sesiapa bertanggungjawab ke atas borang itu selepas dua kali hadir untuk menyerahkan borang.

Menurutnya, apabila dimaklumkan ibunya mengenai borang tersebut pada Sabtu lalu, dia terus ke pasar raya berkenaan untuk mengambilnya.

“Tapi bila saya datang, saya tengok ramai yang menunggu untuk hantar borang.

“Malah tiada kotak disediakan untuk serah borang seperti yang didakwa,” katanya.

Katanya, pada borang itu, penerima bukan sahaja mengisi maklumat peribadi tetapi turut dikepilkan dengan salinan kad pengenalan dan slip gaji.

Bagi Zariah Mamat, 51, dari Indera Mahkota, dia mendapatkan borang itu di kaunter sama dan sudah dua kali hadir untuk menyerahkannya.

“Bukan saya seorang tapi ramai datang untuk serah borang malah mereka menunggu sejak awal pagi,” katanya.

Sementara itu, Adun Teruntum, Sim Chon Siang berkata, beliau mendapat aduan kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam mengenai penyerahan borang My Kasih.
Chon Siang berkata, beliau tertanya-tanya mengenai borang tersebut yang dilakukan sehari sebelum pilihan raya.

“Saya sedang siasat, difahamkan terdapat 6,000 diedarkan pada hari itu,” katanya.

Kata Chon Siang, pihaknya dimaklumkan bahawa pengurusan pasar raya itu tidak bertanggungjawab ke atas perkara berkenaan, mereka sama sekali tidak tahu mengenai pembahagian borang di kaunter terbabit.

“Saya juga tertanya-tanya mengenainya kerana ia diedarkan sehari sebelum pilihan raya,” katanya.

Incoming search terms:

  • my kasih 1 malaysia
  • my kasih 2014
  • mykasih 2014
  • www 1malaysia my kasih com my
  • borang mykasih 2014 online
  • program mykasih 1 malaysia
  • www mykasih com borang

Berita berkaitan:

Komen

comments

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>