Maksud Bunting Pelanduk – Haid Ketika Hamil

pregnancy_10813021Apakah dimaksudkan dengan Bunting Pelanduk? Bunting pelanduk atau bunting harimau adalah istilah yang membawa maksud yang sama. Istilah ini mungkin lebih popular dikalangan orang melayu namun tidak semua orang tahu. Seseorang itu dikatakan bunting pelanduk atau bunting harimau apabila mengalami situasi dimana keluarnya darah yang dikatakan haid ketika mengandung.

Apabila berlakunya situasi ini, wanita selalunya akan menjadi konfius tentang status mereka sama ada hamil atau tidak. Situasi keluarnya darah seperti darah haid ketika hamil sememangnya berlaku walaupun jarang-jarang ditemui.
Bunting pelanduk ini selalunya berlaku pada trimester pertama kandungan dimana darah keluar dan kebanyakkan menganggap keluarnya darah haid. Berdasarkan pembacaan kami, tiada bukti jelas secara perubatan yang mengesahkan darah tersebut adalah darah haid.

pendarahan ketika kehamilan bukan keguguran Maksud Bunting Pelanduk Haid Ketika Hamil

Apabila badan anda mula menghasilkan hormon kehamilan Gonadotrophin korionik (hCG – human chorionic gonadotrophin), haid akan terhenti.

Walau bagaimanapun, pendarahan yang berlaku ketika kehamilan mungkin kelihatan seperti darah haid yang dipanggil ‘pendarahan penebusan’ – breakthrough bleeding.

pendarahan-ketika-kehamilan-bukan-keguguranHormon yang mengawal kitaran haid yang menyebabkan pendarahan berlaku apabila sampai waktu kitaran haid anda yang sepatutnya. Keadaan ini mungkin berlaku beberapa kali sekitar waktu kebiasaan anda datang haid sebelum hamil.
Pendarahan ketika hamil juga boleh berlaku apabila telur yang disenyawakan menempel pada lapisan rahim – pendarahan implantasi. Ini kebiasaannya berlaku sekitar waktu haid anda.

Semua ini berlaku secara semulajadi terutamanya pada fasa awal kehamilan dan biasanya pendarahan ringan seperti ini tidak membahayakan.

Penyebab Bunting Pelanduk – Keluar Darah Haid Ketika Hamil

Jadi pendarahan yang dikatakan haid ketika hamil (Bunting Pelanduk) ini sebenarnya bukanlah darah haid. Ia berlaku disebabkan oleh:

  1. Hormon mengawal kitaran haid menyebabkan pendarahan penebusan – breaktrough bleeding
  2. Penempelan telur yang disenyawakan pada lapisan rahim

Dapatkan nasihat doktor untuk mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci jika berlaku pendarahan ketika kehamilan. Setiap individu mungkin mempunyai masalah yang berbeza.

Rujukan:

  • Apakah punca utama pendarahan faraj semasa hamil?. BabyCenter. Akses: 13 Jan 2014. http://www.babycenter.com.my/a1031215/pendarahan-ringan-atau-pendarahan-faraj
  • Is it possible to be pregnant and still have periods?. BabyCentre UK. Akses: 13 Jan 2014. http://www.babycentre.co.uk/x553485/is-it-possible-to-be-pregnant-and-still-have-periods
  • 3 Ways You Can Be Pregnant and Still Get a Period. Yahoo Voice. Akses: 13 Jan 2014. http://voices.yahoo.com/3-ways-pregnant-still-10158965.html?cat=25

Incoming search terms:

  • bunting pelanduk
  • bunting harimau
  • mengandung tapi period
  • haid ketika hamil
  • period tapi hamil
  • period tapi mengandung
  • datang haid tapi mengandung
  • period ketika hamil
  • haid semasa hamil
  • ciri-ciri bunting pelanduk

Komen

comments

9 Comments

  1. lia

    14/12/2014 at 9:53 am

    Sy nk tnya la.. sblum ni dktor kerajaan dh sah kn sy hmil tp line kabur.. selang 2bulan tetiba kuar darah ckit2.. dh 4ari trus kuar drah byk… adakh sy msih hmil ataupun dh kosong… sbb sy dh xrse sprti hmil… (‘_’)

    • Elis

      07/03/2017 at 10:25 pm

      Saya ,mau tanya saya telat 2minggu tpi sering keluar bercak*k dikit* .. Perut makin besar,mual* dan setiap makan di (maaf) keluarkan pula .apakah saya hamil

  2. Solehahyakub

    26/07/2016 at 11:52 am

    Salam, saya nak tanya lah,, saya hamil 8 minggu, scan tapi tak nampak lagi babynye, then masuk hari ni saya dah 9 hari keluar darah seperti haid… kmudian diselangi rasa seperti senggugut.. sudah rujuk klinik kesihatan, tpi sy masih tk puas hati dengan jawapan doktor, doktor tuh cme ty sy smle knp boleh bleeding..
    Ada tak kes seperti saya.. fyi, ini adalah anak pertama kami..

    • najihah

      05/03/2017 at 8:52 pm

      akak.lepas akak alami tu akak mengandung ke .. atau zero .. sebub sya alami mcm akak alami .. kandungan sya 6 minggu

  3. Nhoraisyah

    12/09/2016 at 1:40 pm

    Hai saye nk tnya apakah hamil tpi datng haid dan berut masih kecil walaupun dah 4bulan masuk

    • Nhoraisyah

      12/09/2016 at 1:46 pm

      Saya nak minta bantu kepada kmu yang dah berkawin dan perna bersalin…..
      kerana saya baru pertama kali hamil,
      Kandunganku dah msauk 4bulan tpi…. haid keluar dan perut mc tak kettaara mengandung apakah itu aku

  4. Rin

    02/01/2017 at 4:23 pm

    Hum.. Sy xtw mcm ne nk ckp.. Perut sy buncit aftr kwin..ble wt upt.. -tive.. Oh Allah.. Perut kram.. Breast jd up n lmbut.. Bulan ni.. Ad drh tmpok2 je mule2 adla dlm 3 ari.. Lpas 2 da period mcm biasa. Bunting pelanduk ke 2?

  5. Siti

    07/03/2017 at 2:37 am

    Sya dh lewat period 1 buln, de rsa memual, pning, lesu, breast cm mmbgkak. Dlm 2 hri lpas tetiba de drah plk slpas sbuln x period. Tp cuma 2 hri je de drah n now dh x de. Blum wt upt, hope de rezeki utk rmaikn umat.

  6. Fatiha aziz

    17/06/2017 at 6:29 am

    Salam hai sis… Sy nk tanya dan minta pendapat, sebelum sy operation apendiks period sy teratur jer..lpas operation period jd xteratur.. Then,2 bln lepas tu sy ada kluar darah warna coklat 2 minggu sblum period…dlm sehari jer mcm tu.. Tiap bulan sy period tp selalu lewat then drah kluar cuma 3 hari dlm kuantiti yg byk tnpa senggugut (sy ada senggugut) mkin lama perut sy mkin buncit.. Hubby pn perasan perut sy buncit n punggung besar sikit.. Adakah sy pregnant?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *