“Mahu beri anak kerja di Pinang tak cukup duit untuk makan”

rm13

Di Malaysia masih ramai lagi orang yang susah dari kita. Kita sangkakan kitalah yang paling susah, rupanya ada yang lagi susah. Cerita seorang auntie yang hanya ada RM13 untuk diberikan kepada anaknya telah membuatkan seorang pemuda ini tersentuh.

RASA SEDIH!
Tadi sy pergi MAYBANK. Beratur belakang sorg Auntie nie. Dari belakang intai dia keluarkn duit. Tengok Ada baki RM13. Dia nk keluarkn RM10 tak boleh sbb “insufficient balance”.

Ada org call dia mcm minta duit kasi bankin cepat-cepat mcm Ada kecemasan. Sy perhati dr belakang!

Muka ny dah Risau Dan dia beratur dekat “deposit Machine”. Sy duk belakang dia Dan tanya “Auntie.. Auntie mau kasi itu wang sama siapa? Sama anak belajar ka?”

Auntie jwb “tidak.. Mau kasi sama anak kerja dekat pineng tak cukup wang mau makan!”.

Sedih bila renung…auntie yg umo 60an lebih masih mau pikir lg kasi anak makan. Dunia macam sudah terbalik, seorang mak kasi makan dia punya anak lagi wlw anak sudah besar oo…

Sy Tanya ” auntie sudah makan? Takpa auntie Simpan ini wang sy belanja auntie makan”. Dia menangis Bila sy ckp itu macam. Sy pun sedih rupanya ramai lg org susah dri saya.. Sy tak sanggup tengok org susah sb sy pernah susah!

Borak2 dgn auntie then kasi dia sy punye bisnes card. Takpa auntie apa2 blh col sy.. Ada business utk dikongsikan. Sy pun tak mau senang sorang2.

“Ok thanks ya adik”. Ok sama2 autie!

ps: “Ingat wahai anak-anak!

– Ingat, bila anak minta duit dgn mak/ayah, wlwpn mereka takda duit mereka tetap kata ada! Mungkin diorang pinjam dgn jiran sebelah gara2 nk bagi duit kat anak!

– Ingat, Kalau kita tak boleh bagi mereka duit, jangan minta darinya. Cukuplah mereka dah besarkan kita dgn ilmu blh Cari duit sdiri.

– Ingat, mak/Ayah tidak perlukan duit korang sebenarnya. Dia perlukan perhatian balik jenguk dia kat kampung sudah memadai. Kalau busy call pun ok. Sejuk hati diorang dgr khabar. Jgn nk duit Baru sibuk call.

– Ingat, busy memanjang site meeting sana sini, appoinment bisnes siang malam akhirnya duit pun tak pernah cukup. TIBA masa utk korang balik rumah pandang muka mereka.

– Ingat, pandang Muka mereka, rezeki mudah masuk! In sha Allah..

Ya.. Boleh SHARE cerita ini, biar semua org baca cerita sebenar… Kasi anak2 faham keadaan mak/ayah mereka. Jgn susah kn mereka lagi… Mereka dah tua.

KITA HIDUP TIDAK MENGHARAPKAN BALASAN BERUPA HARTA, HANYA DOAKAN SY MURAH REZEKI DAN DIBERI KESIHATAN YG BAIK.

Sumber: Muhaimin A. Ghani

Incoming search terms:

  • aimpan duwit untuk kita d waktu susah

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *