Jurukamera RTM Cedera Ditembak Dilaporkan Stabil

jurukamera-rtm

GEORGE TOWN – Jurukamera sambilan RTM yang dilaporkan cedera susulan kejadian tembakan di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu, malam tadi dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Mohamad Amirul Amin Amir, 27, yang cedera di bahu kiri akibat terkena tembakan selamat menjalani pembedahan mengeluarkan peluru awal pagi tadi.

Difahamkan, dia telah dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini selepas selesai menjalani pembedahan.

Sementara itu, rakannya wartawan akhbar Sinar Harian, Mohd. Iskandar Othman, 27, yang bersama-samanya ketika kejadian mengalami trauma susulan insiden tersebut.

Menerusi laman Facebook, Mohd. Iskandar berkongsi perasaannya ketika menghadapi insiden cemas yang dianggap paling ‘gila’ dalam kehidupan dirinya.

“Terlebih dahulu saya memohon maaf sebab tidak dapat hendak jawab panggilan, SMS dan Whatsapp yang bertalu-talu sejak semalam (Khamis).

“Alhamdulillah saya terselamat dalam kejadian tembakan tu. Mungkin ini pengalaman paling gila yang pernah saya lalui. Lihat sendiri di depan mata sahabat saya ditembak dalam jarak yang dekat.

 01tembzakk1-transformed-1

“Mohon semua rakan-rakan doakan sahabat saya yang kini masih berada di ICU HPP dan insya Allah akan menjalani pembedahan pagi ini.

“Doakan dia diberi kesembuhan, doakan dia kembali seperti pulih sedia kala. Amin. #pray4amirul,” tulisnya.

Dalam kejadian kejadian 7.15 malam itu, mangsa sedang menaiki motosikal bersama seorang rakannya menuju ke tapak Pesta Pulau Pinang di Sungai Nibong untuk membuat liputan.

Bagaimanapun, kedua-duanya menghentikan motosikal berhampiran Pusat Komersial E-Gate kerana mahu melihat kemalangan, sebelum mangsa ditembak seorang individu tidak dikenali.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *