Ibu berhenti kerja jaga anak


278 views
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading...Loading...

BATU PAHAT – Seorang ibu mengambil keputusan berhenti kerja pada tahun lalu untuk memberi tumpuan dan pemerhatian 24 jam ke atas anak lelakinya yang menghidap penyakit ‘Hidrosefalus’.

Mohd Puad menyampaikan kerusi roda untuk memudahkan pergerakan dan penjagaan Ahmad Danial.

Mohd Puad menyampaikan kerusi roda untuk memudahkan pergerakan dan penjagaan Ahmad Danial.

Suhana Ahmad, 39, berkata, dia memilih untuk melakukan pengorbanan besar itu demi anak sulungnya, Nur Ahmad Danial Afiq, 5, yang tidak boleh ditinggalkan sendirian.

Menurutnya, suami tercinta yang merupakan seorang anggota polis bertugas di Kajang, Selangor juga turut sama berkorban dengan berulang-alik setiap minggu.

“Mengetahui penyakit anak saya semakin serius, saya terpaksa membuat keputusan berhenti kerja serta-merta tahun lalu.

“Dia disahkan menghidap penyakit tersebut sejak berusia 21 hari lagi. Bermula dari tempoh itu, pengorbanan demi pengorbanan terpaksa dilakukan demi anak kesayangan kami ini.

“Saya dan suami sentiasa melakukan pelbagai usaha untuk Ahmad Danial supaya tumpuan yang lebih dapat kami lakukan selain memastikan tiada penyakit lain yang lebih serius menjangkitinya,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Parit Jambi, Rengit, di sini, semalam.

Beliau ditemui ketika menerima kunjungan Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr Mohd Puad Zarkashi dan kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) yang menyampaikan kerusi roda dan bantuan kelengkapan kepada kanak-kanak berkenaan.

Suhana berkata, selain diberikan tumpuan 24 jam, anaknya juga perlu mendapatkan pemeriksaan kesihatan secara mingguan di Johor Bahru kerana kepala Ahmad Danial kian membesar akibat penyakit itu.

“Ahmad Danial memerlukan 100 peratus pemantauan setiap hari kerana dia mudah terkena sawan selain tidak boleh bergerak bebas seperti kanak-kanak lain.

“Oleh itu, sumber pendapatan keluarga dan kos perubatan bergantung kepada suami yang hanya bekerja sebagai anggota polis,” katanya.

Sementara itu, Mohd Puad berkata, sumbangan diberikan kepada Suhana merupakan sebahagian daripada program Titik Sentuhan Rakyat anjuran Kemas yang menumpukan kepada golongan kurang berkemampuan.

“Untuk program kali ini, seramai 38 penerima bantuan terdiri menerima sumbangan daripada pihak berkenaan. Saya berharap rakyat faham yang kerajaan sekarang ini tidak pernah mengabaikan golongan kurang berkemampuan,”  katanya.

Berita berkaitan:

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>