Eksekutif Wanita Menang RM27 Juta dalam Toto Jackpot

PETALING JAYA: Seorang eksekutif wanita berusia dalam lingkungan 30-an telah memenangi sejumlah RM27 juta dalam cabutan nombor bertuah Toto 4D Jackpot 1, seterusnya diiktiraf sebagai jutawan Toto termuda.

Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Pemenang yang berasal dari Kuala Lumpur itu menggunakan kombinasi nombor 5757 dan 1113 di mana ia berasal dari nombor lesen memandu, nombor plat kereta dan tarikh-tarikh yang bermakna baginya.

Tidak seperti pemenang jackpot yang lain, wanita ini datang ke ibu pejabat Sports Toto Malaysia Sdn Bhd tanpa ditemani sesiapa. Beliau berkata dapat menangani keadaan ini berseorangan tanpa perlu menggangu jadual suami dan ahli keluarga yang lain.

Sports Toto, dalam satu kenyataan berkata, pemenang cabutan hari Selasa itu datang dengan keadaan yang tenang dan bersahaja.

Wanita ini telah membeli sebanyak 10 set nombor 4D, di mana ianya telah menghasilkan 45 pasang nombor 4D dengan 45 peluang kemenangan.

Hasilnya, beliau telah memenangi hadiah saguhati sebanyak RM2,688 untuk tempat ketiga daripada 16 set nombor yang dipertaruhkan.

Beliau berkata, kekayaan barunya sudah mencukupi untuk memenuhi senarai harapan yang panjang, termasuk pendidikan anak-anaknya, memiliki sebuah kereta ‘sports’ dan aksesori berjenama untuk dirinya.

Beliau juga bercadang untuk bersara apabila mencapai umur 45 tahun dengan menyimpan separuh daripada wang kemenangan untuk tujuan itu.

Incoming search terms:

  • nombor bertuah
  • nombor bertuah hari ini
  • No bertuah
  • nombor bertuah esok
  • no bertuah hari ini
  • Hadiah 4D
  • nombor bertuah 4d
  • nombor 4d bertuah hari ini
  • nombor bertuah toto hari ini
  • pemenang jackpot toto

Komen

comments

2 Comments

  1. ipurobo

    15/10/2014 at 1:19 am

    help me

  2. Pu

    08/09/2017 at 2:18 pm

    Siapa kata main judi tk blih kaya?? Siapa kata tokeh judi sentiasa menang??
    Saya selalu menang dlm berjudi..tetapi tokeh judi tk prnah bankrup krn dia bayar nombor yg saya selalu menang dgn duit dri mrk2 yg sentiasa kalah..

    Ada cara nk menang!!!

    Whatsapp shj 013 655 7 445

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *