Curi Pisau Cukur, Penganggur Dipenjara 15 Hari

curi

KUALA LUMPUR – Seorang penganggur dihukum penjara 15 hari oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, selepas mengaku bersalah mencuri lapan bungkus pisau cukur di sebuah pasar raya.

Majistret Husna Dzulkifli menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Munir Mohd Ismail, 30, dan memerintahkan hukuman itu bermula daripada tarikh dia ditangkap pada 17 Sept 2016.

Ahmad Munir dituduh mencuri lapan bungkus pisau cukur bernilai RM76 di Mydin Sinar Kota, Jalan Tun Perak di sini pada 12.40 petang, 17 Sept 2016.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda dan bagi kesalahan kali kedua atau seterusnya boleh dipenjara dan juga dikenakan denda atau sebat.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia tidak mempunyai wang bagi membeli tiket untuk pulang ke kampungnya di Pulau Pinang.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zikri Jaafar memohon hukuman setimpal kerana tertuduh mempunyai rekod kesalahan lampau bagi kes dadah pada 2014. – BERNAMA

Incoming search terms:

  • pencukur bulu
  • pisau cukur

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *