Cerai Kali Kedua, Esma Daniel Kini Bergelar Duda

TIDAK mahu peminat berteka-teki status rumah tangganya, pelakon berkaliber Esma Daniel akhirnya mendedahkan telah bercerai dengan isterinya, Nitra Sari Omar sejak November lalu.

Jelasnya, dia mengambil masa yang agak lama untuk mendedahkan perkara itu kerana mahu mengumpul semula semangat dan kekuatan.

Menurut Esma, 48, punca penceraian itu kerana kesibukan bekerja dan jarak yang jauh.

“Ini adalah kali kedua saya gagal dalam perkahwinan dan pastinya ia satu perkara sukar untuk saya terima. Namun, saya perlu akur apabila kami sudah tiada jodoh untuk bersama.

“Bekas isteri kini menetap di Johor Bahru bersama enam anak kami. Saya tak nafikan, jarak yang jauh dan sibuk dengan pekerjaan antara punca perpisahan ini.

“Jika diikutkan saya tidak mahu bercakap mengenai perkara ini, tetapi saya perlu akur bahawa saya adalah golongan artis yang juga milik masyarakat.

“Jika saya terus berdiam diri, lama kelamaan mereka akan bertanya juga dan saya pula bukanlah seseorang yang suka berkongsi semua perkara di laman sosial,” katanya kepada Harian Metro.

Bagaimanapun, Esma memberitahu mereka berpisah secara baik demi anak-anak dan dia perlu bekerja untuk membesarkan mereka.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2002 dan hasil perkahwinan itu mereka mempunyai enam anak yang berusia setahun hingga 10 tahun.

Ini merupakan perkahwinan keduanya. Terdahulu, Esma pernah bercerai dengan pelakon, Sherie Merlis dan mempunyai dua anak.

Incoming search terms:

  • hiburan sinar harian
  • anak ashraf muslim dan dayana
  • berita hiburan berita harian hari ini
  • utusan malaysia online hiburan

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *