Calon PAN Sokong Lynas Yang Dibantah DAP, PKR

tarmizi

KUALA KANGSAR – Sesuatu cukup aneh mengenai kerjasama pembangkang dalam Pakatan Harapan ialah mereka mudah terlupa isu kontroversi yang pernah dibantah demi ‘habuan’ politik khasnya ketika pilihan raya kecil (PRK).

Inilah yang dapat disaksikan pada PRK Parlimen Kuala Kangsar apabila calon Parti Amanah Negara (PAN), Prof. Dr. Ahmad Termizi Ramli sebenarnya adalah antara pakar nuklear yang mempertahankan projek Lynas di Pahang.

Isu kilang pemprosesan nadir bumi milik Lynas Corp. Ltd. di Gebeng, Kuantan itu pernah menjadi sensasi pada 2011 apabila diputar belit pembangkang konon berbahaya kepada kesihatan penduduk sekitar ibu negeri Pahang tersebut.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri menerusi catatan dalam blognya menyifatkan bantahan beberapa pihak mengenai kilang berkenaan lebih bersifat politik bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Katanya, waima banyak kajian dilakukan terhadap kilang itu termasuk Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) tidak menemui sebarang bahaya radiasi, bantahan oleh pembangkang dan pencinta alam sekitar nyata tidak tulen.

lynas2-752x500

“Namun kita tidak boleh membiarkan aktivis politik serta para pencinta alam sekitar yang palsu menghalang kita menikmati hasil ekonomi daripada sumber nadir bumi menerusi cerita-cerita menakutkan serta tidak berasas.

“Walaupun saya masih tidak menyokong pembinaan loji nuklear, saya tidak membantah projek Lynas. Kerajaan tidak perlu takut untuk membenarkan projek itu diteruskan,” kata Mahathir dalam catatan blog milik beliau chedet.

Untuk rekod, ketika pembangkang ghairah membantah Lynas, tiba-tiba mereka mendapat tamparan hebat apabila Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr. Che Rosli Che Mat dari PAS mendedahkan tentang penipuan pihak pembangkang.

Saintis nuklear itu berkata, bukan itu sahaja, sahabat beliau Prof. Dr. Ahmad Termizi Ramli yang juga pakar dalam bidang tersebut turut mempertahankan Che Rosli bahawa Lynas tidak pun mengancam keselamatan orang awam.

Itu cerita zaman dulu sebelum Pilihan Raya Umum pada 2013 dan ‘kisah sandiwara’ pembangkang rupa-rupanya berterusan lagi ketika penamaan calon PRK Kuala Kangsar yang menyaksikan Ahmad Termizi menjadi calon PAN.

Bayangkan pemimpin DAP, Lim Guan Eng dan rakan sejawatannya dari PKR, Rafizi Ramli berganding bahu dengan pakar nuklear itu walhal lima tahun lalu semua tahu kedua-dua parti tersebut ‘kecoh’ membantah projek Lynas.

Terbukti pembangkang sudah sampai kepada peringkat terdesak dengan ‘gelombang biru’ di seluruh Malaysia waima terpaksa memilih Ahmad Termizi dengan mencanangkan pula beliau sebagai saintis nuklear bertaraf dunia.

Di manakah hilangnya prinsip integriti DAP dan PKR (selain PAN) dalam isu Lynas serta di mana mahu diletak ‘muka’ pencinta alam sekitar anti-Lynas apabila mengetahui mereka dipermainkan pihak pembangkang selama ini?

Ironi, beberapa portal dan blog propembangkang tiba-tiba didapati ‘putar belit’ cerita lama itu menjelang PRK Kuala Kangsar dengan mendakwa konon Ahmad Termizi tidak pernah menyokong projek Lynas untuk mengelak terkantoi.

Mungkin kebetulan atau memang dirancang awal, penafian sokongan Ahmad Termizi terhadap Lynas secara tersirat cuba menutup aib DAP dan PKR yang tentu ‘terkejut’ melihat latar belakang sejarah calon PAN itu. – Mynewshub.cc

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *