5 Mei cuti umum Terengganu


186 views
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

KUALA TERENGGANU – Negeri ini berkemungkinan akan mengisytiharkan hari mengundi pada 5 Mei ini sebagai cuti umum. Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, satu mesyuarat khas akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara itu.

Ahmad Said menyampaikan sijil simpanan premium dan sagu hati kepada kakitangan bakal bersara, Husni Yahya yang memegang jawatan sebagai Pengarah Unit Perancangan dan Penyelarasa

Ahmad Said menyampaikan sijil simpanan premium dan sagu hati kepada kakitangan bakal bersara, Husni Yahya yang memegang jawatan sebagai Pengarah Unit Perancangan dan Penyelarasa

“Walaupun 5 Mei adalah hari Ahad tetapi ia hari bekerja di Terengganu dan pemberian cuti akan memudahkan penjawat awam di negeri ini menunaikan tanggungjawab untuk mengundi.

“Kemungkinan Terengganu akan mengisytiharkan hari mengundi (5 Mei) sebagai cuti umum,” katanya pada  sidang media selepas hadir Majlis Sambutan Hari Kualiti Majlis Bandaraya Kuala Terengganu 2013 di Stadium Negeri, di sini, semalam.

Hadir sama, Datuk Bandar MBKT, Datuk Adzlan Mohd Dagang dan Setiausaha MBKT Samiun Salleh.

Sementara itu, Ahmad berkata, penampilan semula tokoh berpengalaman parti untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) adalah signifikan bagi memperkuatkan benteng Barisan Nasional (BN) negeri.

“Pemilihan semula seperti Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid (Dun Cukai) untuk bertanding kali ini kerana beliau sebelum ini mempunyai rekod dengan meraih undian terbanyak ketika bertanding di Dun Air Putih pada 2004.

“Manakala Datuk Che Mat Jusoh, walaupun kalah di Dun Batu Burok tetapi dengan majoriti kecil. Beliau juga telah berkhidmat sebagai Pegawai Pembangunan Dun Batu Burok, sebab itu kita bagi peluang kedua,” katanya.

Pengumuman calon BN Terengganu kelmarin menyaksikan penampilan semula Datuk Rosli Mat Hassan bagi kerusi Parlimen Dungun, Datuk Che Mat Jusoh di kerusi Dun Batu Burok, Wan Ahmad Nizam Abdul Wan Abdul Hamid (Dun Chukai), Datuk Tengku Putera Tengku Awang (Dun Kuala Berang) dan Zaidi Muda (Bukit Payong).

Berita berkaitan:

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>